Pelaut Malaysia diwakili oleh Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (KKPSM) yang berpejabat di Wisma Pelaut Pelabuhan Klang. Selain itu, terdapat juga kesatuan lain yang tidak dapat dipastikan statusnya iaitu Kesatuan Pelaut Sabah. Kesatuan ini sepatutnya berperanan bagi mewakili suara dan hasrat pelaut Malaysia supaya kepentingan mereka terpelihara.
Selain itu, kewujudan kesatuan ini akan mewakili pelaut dalam usaha Malaysia untuk mengiktiraf dan menggunapakai konvensyen antarabangsa ~ Maritime Labour Convention yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pelaut.
Walau bagaimanapun, terdapat sekumpulan pelaut yang beranggapan bahawa kesatuan yang ada pada masa ini adalah KURANG BERKESAN dalam mewakili mereka. Kesatuan ini didapati tidak diuruskan dengan cekap dan pelaut juga tidak mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat berkenaan kesatuan tersebut. Kesatuan ini juga didapati gagal untuk menghebahkan pendirian mereka berkenaan beberapa isu berkaitan pelaut seperti kebanjiran pelaut asing dalam armada kapal Malaysia serta kepayahan perantis untuk memulakan pekerjaan dan mendapatkan kapal untuk latihan.
Oleh yang demikian, terdapat cadangan untuk memulakan kesatuan pelaut baru dengan mengambil peluang ketidakwujudan kesatuan yang mewakili pelaut di Sarawak. Selain itu, tekanan yang berhemah dan berterusan akan terus diberikan kepada KKPSM yang telah sedia wujud dan mendapat pengiktirafan ITF ~ International Transport Worker Federation.
Dengan itu, tindakan awal akan dimulakan dengan mengumpulkan senarai pelaut dan pekerja industri perkapalan Malaysia. Senarai ini dikumpulkan bertujuan sebagai persedian ke arah penubuhan kesatuan baru (berdaftar dengan JHEKS – MOHR) dan/atau persatuan baru (berdaftar dengan ROS) dan/atau kesatuan lebih besar yang mewakili keseluruhan pekerja industri perkapalan, dan/atau mendaftar ke dalam kesatuan sedia ada (beserta rombakan ke arah kecekapan organisasi).
Senarai yang telah dikumpulkan akan dipamerkan di laman ini atas dasar ketelusan.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaa, sila hantarkan emel ke ahmadbadri@mckk9903.com
Senarai Nama Yang Telah Mendaftar
- Ahmad Badri bin Alwi
- Roslinda binti Muhammad (Bukan Pelaut)
- Alvan Boniface Henry
- Mohd Fauzi bin Ismail
- Mohamad Zahid bin Hamzah
- Mohd Alif bin Zalaya
- Mohd Hairul Azuan bin Nordin
- Mohd Ayi bin Yacob
- Ricky Chua Kim Leong
- Razis bin Azhar
- Teh Kean Yeap
- Abdul Rahim bin Mohamed
- Mohd Roslan bin Abu
- Syahfizwan bin Jaimeh
- Ahmad Benyamin bin Mohd Yusoff
- Muhammad Alieff bin Mat Zain
- Mohd Faizal bin Taib @ Jusoh
- Sangar A/L Thangaraju
- Mohd Ashraf bin Fakhrorrazi
- Mohammad Fahmi bin Yusuf
- Syarifuddin bin Pukhari
- Khairuddin bin Ab. Rahaman
- Jaafar Rani Naz bin Rohani
- Mohd Faizal bin Mohd Yusoff
- Mohamed Munawar bin Buhari
- Mohd Mustaqim bin Aminudin
- Amirul Azlee bin Mohamed Noor
- Elias Breimo bin Dag Breimo
- Mohd Nazri bin Sharif
- Mohd Faris bin Mat Khairul Zaman
- Hamdan bin Yahya
~~~
Paparan ini diwujudkan untuk merekodkan sebarang perkembangan mengenai usaha penubuhan organisasi bukan kerajaan bagi pelaut-pelaut dan pekerja industri perkapalan Malaysia.
Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja
- Ir. Adnan Mat Tahir
Senarai Jawatankuasa Khas
- En. Ahmad Badri bin Alwi Tel: 0132658762 Emel: ahmadbadri@mckk9903.com
Apakah bentuk organisasi yang dicadangkan?
- Kesatuan Pekerja (Pelaut dan/atau Pekerja Industri Perkapalan) yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja (Kementerian Sumber Manusia)
- Persatuan yang berdaftar dengan dengan Pendaftar Persatuan (Registrar of Society-ROS)
Isu-isu Pra Penubuhan
- Mengenalpasti sama ada kesatuan/persatuan yang ingin ditubuhkan adalah mewakili pelaut sahaja, atau mewakili semua golongan pekerja dalam bidang maritim (pelaut, pekerja industri pengangkutan laut & pekerja industri minyak dan gas luar pesisir)
- Mewujudkan satu jawatankuasa sementara (protem committee) untuk menguruskan penubuhan kesatuan/persatuan
- Menentukan visi, misi dan objektif penubuhan kesatuan/persatuan setelah perkara di para 1 diselesaikan
- Membuat penerangan jelas kepada Kementerian Sumber Manusia berkenaan hubungan UNIK pekerja – majikan dalam industri perkapalan yang tidak sama seperti pekerja dalam sektor lain
- Membuat kajian terhadap model kesatuan/persatuan lain yang telah berjaya mewakili pelaut dan/atau pekerja industri maritim sama ada di dalam atau di luar negara
- Menentukan kelayakan menjadi ahli dan jumlah yuran yang akan dikenakan
Cadangan Fungsi Kesatuan/Persatuan
- Memberi khidmat nasihat dalam hal kontrak majikan-pekerja para hali kesatuan/persatuan

12 Oktober 2011 at 23:18
I salute to all your effort bro for the union thing.